Ahad, 27 Disember 2009

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI




Assalamualaikumm....
Alhamdulilah wabihi nastain.... wassolatu wassalam ala rasulillah... pada 26/10/09 sekolah kami telah mengadakan jamuan hari raya peringkat sekolah...kehadiran raya tahun ini amat memilukan kerana kehilangan seorang yang amat berjasa dalam membagunkan sekolah dari semua aspek.

apapun untuk mengigati jasa beliau kami mulakan majlis hari raya kami dengan membaca tahlil dan mendoakanya agar deberi ganjaran pahala dan syurga di alam yang kekal abadi...

Kepada para pendidik, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN....


 
Cikgu yusri dan Cikgu Norhayati sedang menggantung Ketupat Hiasan
 
 Pk Hem, Pn. Zaharah turun padang membantu guru2 yang lain

 
 Erm, Selera betul makan setelah penat bekerja menyiapkan dewan majlis hari raya..


Alhamdulillah, siap juga dewan dan backdroup majlis kita...siap sehari sebelum majlis ni tau


 Pada 06/10/09 bermulalah majlis sambutan hari raya peringkat sekolah yang dimulakan dengan bacaan tahlil untuk arwah hj. Manaf bin Mamat





 kak yah pun turut dijemput ke majlis kami..kak yah/pn absiah adalah bekas pk 1 sk kok pauh


 jemput makan ..jemput2 jangan malu2...


 wah, banyak betul kuih muih hari ni, tak lah nk habiskan...apa pn yg penting kita sewajarnya bersyukur kpd yg maha Esa yg telah memberikan segala2nya kpd kita...



Isnin, 12 Oktober 2009

PAHITNYA PERPISAHAN


Ini arwah yang telah meninggalkan kami


tidak jemu2 belia memberi tunjuk ajar sampai ke detik terakhir





beliau menyampaikan hadiah kepada pelajar yang mendapat no. di dalam kelas


2 hari sebelum beliau meninggalkan sk kok pauh buat selamanya.

beliau menyampaikan amat dan pesanan yang sangat berharga dan kami warga skkp akan mengigati dan melaksanakan amant beliau..insya Allah.



Di pagi yang hening, 09/09/09 guru besar sk kok pauh
telah menghembuskan nafasnya yang terakhir
pada jam 8.45 pagi, kerana sakit jantung di hospital USM.

Masih jauh lagi perjuangan, tetapi Allah Sangat menyanyaginya
dan mengambilnya terlebih dahulu.

Moga2 apa yang telah dicurahkanya segala tenaga masa wang ringgit
diterima oleh Allah Taala...

Marilah sama2 kita sedekahkan al-Fatihah kepadanya...Al- Fatihah!!!

Ahad, 13 September 2009

PROGRAM MOTIVASI PERINGKAT SEKOLAH UPSR 2009

Sebulum menghadapi peperiksaan sebenar UPSR sekolah kami telah mengadakan beberapa siri Kem Motivasi samada menjemput penceramah dalaman atau jemputan dari luar. Sambutannya agak menggalakkan dan hasilnya sangat memuaskan. Antara gambar-gambar yang



Ibu bapa menumpukan perhatian
terhadapisi yang disampaikan

sedikit sumbangan ikhlas buat penceramah


kreativiti murid dicunkil dan dikeluarkan dari diri pelajar masing-masing


Guru besar memberikan komen membina terhadap kem yang telah dilaksanakan

para pelajar dapat menilai sendiri keupayaan masing-masing selepas kem motivasi.

SELAMAT BERJAYA DALAM UPSR...SK KOK PAUH BOLEH!!!

Isnin, 31 Ogos 2009

Selasa, 19 Mei 2009

SAMBUTAN HARI GURU

SAMBUTAN HARI GURU
PERINGKAT SEKOLAH SKKP






Sekolah Kebangsaan Kok Pauh telah mengadakan sambutan hari guru diperingkat sekolah. Dengar citer sambutan diadakan secara serentak di seluruh negeri kelantan iaitu pada 17 mei 2009. Sambutan kali ini taklah seberapa tetapi meriah juga dengan aktiviti yang telah diisi dengan begitu teliti.

Guru & Murid berhimpun di tapak perhimpunan


Bacaan Perutusan yang Di sampaikan oleh

Amanat Guru Besar dibaca oleh ustaz Azuran

guru beratur di tapak perhimpunan untuk menyanyikan lagu "guru malaysia"



Acara padang dimulakan dengan guru permpuan
Bola tampar dan pijak belon.



Acara guru lelaki dimulakan dengan perlawan futsal
guru lelaki pakai kain sarung V murid lelaki


Acara dewan..

cikgu razak & wakil murid menyampaikan sajak hari guru

pertandingan berbalas pantu dan karaoke

Ini anatara aktiviti yang dapat dipaparkan di sini.. Kalau ada terlebih atau terkurang semasa sambutan hari guru ini harap dimaafkan.. Jutaan terima kasih juga kepada mereka yang turut seserta pada majlis kali ini. sekian terima kasih.

PROGRAM LDP SKKP

LDP SK KOK PAUH RANTAU PANJANG

Sk kok pauh telah mengadakan beberapa LDP yang bermula pada bulan april dan seterusnya sehingga tamat hujung tahun ini. Kami warga SKKP telah menjemput pakar-pakar dari JPN sendiri unutuk memberikan penerangan secara terus kepada kami dalam meningkatkan mutu P&P diperingkat sekolah kami...Alhamdulillah, kesannya boleh kita lihat dan nampak semasa pelaksanaan p&p di dalam kelas...disertakan juga di sini gambar-gambar semasa LDP dilaksanakan....












Jutaan terima kasih kepada Jabatan kerana telah menghantar beberapa pakar ke sek kami bagi mendedahkan lagi serta meningkatkan p&p kami...juga terima kasih kepada semua yang terlibat sikian terima kasih.

Selasa, 21 April 2009

majlis sambutan maulidurasul

Baru-baru ini sekolah kok pauh telah mengadakan sambutan maulidul rasul bagi tahun 2009. bersamaan 1430h.

Program yang berlangsung pada 29/03/2009 hari khamis jam 8.00 pagi hingga pulang sekolah.
antara aktivitinya adalah sperti berikut:
Guru & Murid Berkumpul di Dewan


Ceramah Maulidur Rasul & Kuiz











Persembahan Nasyid

Pertandingan melukis dan mewarna Poster









Majlis Penyampaian Hadiah













Selawat & Bacaan Doa


Jamuan Tengah Hari



majlis maulidur rasul tamat pada jam 1.15 minit petang...dan kami keluarga SKKP mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang terlibat. Insya Allah kalau panjang umur tahun depan kita buat lagi...