Rabu, 21 Julai 2010

Sabtu, 10 Julai 2010

KEJOHANAN SUKAN & MERENTAS DESA 2010

Pada 3 & 4 april yang yang lepas, telah berjalannya acara tahunan iaitu kejohanan sukan & merentas desa peringkat sekolah kebangsaan Kok Pauh bagi tahun 2010. Bagi acara sukan, acara ini diadakan di padang sekolah dan bagi acara merentas desa pula di kawasan sekitar.
   Pada hari pertama iaitu 3hb, acara yang diadakan  ialah acara merentas desa dan juga acara sukaneka bagi pelajar2 skkp sahaja ......
    Pada keesokan hari, iaitu 4 hb Mac, acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat pelajar SKKP dan juga disusuli dengan nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan & lagu sekolah serta Bacaan ikrar yang diketuai oleh wakil Ketua Pelajar.
    Pelajar-pelajar sedang berbaris sebelum memulakan upacara perbarisan sempena Perasmian Sukan 2010

Upacara pelepasan bagi acara merentas desa yang dilepaskan oleh GB

GELAGAK GURU & PELAJAR SKKP sempena sambutan sukan tahunan 2010

Acara berjalan atas bata pelajar perempuan
 





Ahad, 28 Mac 2010

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS 2010

Pada 31 Januari 2010 bersamaan dengan hari ahad telah diadakan majlis pelantikan pengawas bagi tahun 2010 yang bertempat di Tapak Perhimpunan SK. KOK PAUH. Majlis ini dirasmikan oleh jemputan khas iaitu Inspektor polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas. Majlis dimulakan pada pukul 8.00 pagi dan dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku, selamat sultan, lagu sekolah dan ikrar rukun negara yang diketui oleh Ketua pengawas sekolah. selesai ikrar pelajar, diteruskan pula dengan ucapan dari Guru Besar SK Kok Pauh Hjh. Tn. Afifah Adib binti Tn. Dir dan diikuti ceramah serta perasmian Perlantikan pengawas bagi tahun 2010. Perlantikan pengawas bagi tahun 2010 ini adalah bagi perlantikan pengawas sekolah seramai 32 orang, pengawas pusat sumber seramai 28 orang dan juga pengawas makmal komputer seramai 29 orang.



 Ucapan aluan dan nasihat dari Guru Besar SKKP, Hjh. Tn. Afifah Adib Bt. Tn. Dir.












Ucapan alu-aluan dan Perasmian perlantikan Pengawas SKKP 2010.
                       
 Barisan guru dan juga jemputan khas bagi Maslis perlantikan pengawas

 Barisan Pengawas yang sedang bersedia untuk menerima sijil perlantikan.....


Ketua pengawas SKKP sedang menerima sijil       pelantikan dari Inspektor Radhiah dan diiringi G.B

 Upacara pembacaan ikrar yang diketuai oleh Ketua Pengawas SKKP 



 G.B memberikan sedikit sumbangan kepada jemputan khas bagi Majlis perlantikan 









Ahad, 24 Januari 2010

MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN GURU SKKP

      Bismillah...berjumpa lagi kita dalam episod kali ini...Pihak AJK Kelab Guru-guru sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada  semua guru dan kakitangan sekolah kerana sudi datang ke majlis jamuan akhir tahun 2009. Dalam Majlis tersebut pihak sekolah telah menjemput serta meraikan kehadiran Guru Besar Baru SKKP iaitu Yang Mulia Tuan Hajah Afifah Adib Binti Tuan Dir yang menggantikan Arwah Haji AB. Manaf bin Mamat.
        Pada majlis tersebut, para guru dan kakitangan  disajikan dengan hidangan Nasi Arab di Restoran Tarbus.
Semua guru dan kakitangan berselera menjamu selera pada hari tersebut. Dengan adanya majlis ini, dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim warga SKKP. Diharap majlis ini akan terus diadakan pada tiap-tiap tahun di tempat yang berbeza.