Ahad, 24 Januari 2010

MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN GURU SKKP

      Bismillah...berjumpa lagi kita dalam episod kali ini...Pihak AJK Kelab Guru-guru sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada  semua guru dan kakitangan sekolah kerana sudi datang ke majlis jamuan akhir tahun 2009. Dalam Majlis tersebut pihak sekolah telah menjemput serta meraikan kehadiran Guru Besar Baru SKKP iaitu Yang Mulia Tuan Hajah Afifah Adib Binti Tuan Dir yang menggantikan Arwah Haji AB. Manaf bin Mamat.
        Pada majlis tersebut, para guru dan kakitangan  disajikan dengan hidangan Nasi Arab di Restoran Tarbus.
Semua guru dan kakitangan berselera menjamu selera pada hari tersebut. Dengan adanya majlis ini, dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim warga SKKP. Diharap majlis ini akan terus diadakan pada tiap-tiap tahun di tempat yang berbeza.