Ahad, 28 Mac 2010

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS 2010

Pada 31 Januari 2010 bersamaan dengan hari ahad telah diadakan majlis pelantikan pengawas bagi tahun 2010 yang bertempat di Tapak Perhimpunan SK. KOK PAUH. Majlis ini dirasmikan oleh jemputan khas iaitu Inspektor polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas. Majlis dimulakan pada pukul 8.00 pagi dan dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku, selamat sultan, lagu sekolah dan ikrar rukun negara yang diketui oleh Ketua pengawas sekolah. selesai ikrar pelajar, diteruskan pula dengan ucapan dari Guru Besar SK Kok Pauh Hjh. Tn. Afifah Adib binti Tn. Dir dan diikuti ceramah serta perasmian Perlantikan pengawas bagi tahun 2010. Perlantikan pengawas bagi tahun 2010 ini adalah bagi perlantikan pengawas sekolah seramai 32 orang, pengawas pusat sumber seramai 28 orang dan juga pengawas makmal komputer seramai 29 orang.



 Ucapan aluan dan nasihat dari Guru Besar SKKP, Hjh. Tn. Afifah Adib Bt. Tn. Dir.












Ucapan alu-aluan dan Perasmian perlantikan Pengawas SKKP 2010.
                       
 Barisan guru dan juga jemputan khas bagi Maslis perlantikan pengawas

 Barisan Pengawas yang sedang bersedia untuk menerima sijil perlantikan.....


Ketua pengawas SKKP sedang menerima sijil       pelantikan dari Inspektor Radhiah dan diiringi G.B

 Upacara pembacaan ikrar yang diketuai oleh Ketua Pengawas SKKP 



 G.B memberikan sedikit sumbangan kepada jemputan khas bagi Majlis perlantikan